Terapi penyembuhan zahir dan batin berpandukan Al-Quran dan doa
“Dan Kami turunkan daripada Al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi
mereka yang beriman” -Surah Al-Isra’ ayat 82-
Dibacakan 3 x 30 juzuk Al-Quran, zikir munajat, solat hajat & doa-doa khusus
Minyak Penawar Munajat.
Berpandukan Al-Quran, Hadis dan Doa. Minyak Zaitun ini telah diproses melalui kaedah perubatan Islam iaitu didedahkan pada bacaan 30 juzuk Al-Quran dengan niat menghindari, merawat, penyembuhan pelbagai penyakit zahir & batin, kesejahteraan, keharmonian rumahtangga & keluarga serta membina kekuatan minda (sebanyak 3 kali khatam Al-Quran). Zikir Munajat memohon kesejahteraan kepada Allah swt. (daripada kitab-kitab ulama’yang muktabar berasaskan kesembuhan cara thibb An-Nabawi iaitu rawatan yang diajarkan oleh Nabi saw), serta melalui proses solat Hajat dan doa khusus oleh Ustaz dan beberapa orang Al-Hafiz .
Sesuai bagi kanak-kanak, Pelajar Sekolah, Mahasiswa serta Orang Dewasa:
-Ikhtiar untuk mudah belajar, penerang hati & hafalan.
-Ikhtiar menangani “STRESS” (Tekanan), serta ketenangan & ketenteraman jiwa.
-Ikhtiar bagi menghindari & menjauhi dari gangguan Makhluk Halus. (Jin, Syaitan dan Iblis)
-Ikhtiar untuk menghindari & menjauhi dari hasad dengki, sihir, santau serta gangguan ilmu hitam.
-Ikhtiar melembutkan hati anak-anak yang bermasalah.
-Ikhtiar memudahkan wanita untuk bersalin.
-Ikhtiar untuk kebahagiaan Suami Isteri & Keluarga.
-Ikhtiar dan Doa untuk menyembuhkan penyakit Rohani & Jasmani.
ADAB RAWATAN
-Yakin akan kebesaran Allah swt.
-Membaca Al-Fatihah
-Membaca Ayat Kursi (3 kali)
-Berselawat keatas Nabi (3 kali)
-Niat dihati untuk hajat yang dipohon kepada Allah swt.
Elakkan dari dilangkah!!!
KAEDAH RAWATAN
-Boleh dititiskan pada minuman sebelum minum.
-Disapu pada nadi pergelangan kedua-dua tangan, nadi kedua-dua lengan dan kening.
-Boleh dititiskan pada air untuk direnjiskan ke dinding rumah bagi menjauhi gangguan Jin atau makhluk halus.
-Letakkan sedikit air dalam pinggan dan dititiskan beberapa titis Minyak Munajat. Letakkan kedua-dua tapak tangan pada air dalam pnggan dan disapu pada muka, tangan, dada atau seluruh badan sebagai seri wajah atau sebagai pendinding.
KESAN DAN KEBAIKAN MINYAK ZAITUN
Hadis Nabi mengenai Pohon Zaitun
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“ Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat.
(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah) ”
Minyak zaitun jernih dan berkilau seperti cahaya. Ini disebut di dalam al-Quran surah An-Nur:35:
“ …yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi,
walaupun tidak disentuh api…”
ZAITUN – Pengenalan
Zaitun adalah merupakan sejenis species daripada tanaman yang tertua di dunia. Rekod sejarah menunjukkan pokok zaitun mempunyai pelbagai guna khasnya dalam bidang perubatan sejak zaman purba Mesir.
Nama saintifik zaitun ialah Oleaeurofea. Tinggi pokoknya kira-kira tiga meter. Daunnya hijau terang dan buah yang masak ranum berwarna ungu kehitaman serta amat kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K, dan zat besi. Buah zaitun yang paling baik kualitinya ialah yang dihasilkan di Greece. Bagaimanapun, Sepanyol dan Itali merupakan pengeluar minyak zaitun terbesar.
Minyak zaitun amat jernih dan berkilau, lagi mahal harganya. Minyak zaitun baik untuk kesihatan luaran dan dalaman manusia. Paras asidnya yang rendah memudahkan penghadaman kita. Vitamin E yang terkandung di dalam minyak zaitun didapati boleh merendahkan kolestrol LDL(kolestrol jahat), tekanan darah, dan risiko koronori jantung.
Ibnu Qayyim meriwayatkan bahawa minyak zaitun yang dibancuh dengan sedikit garam boleh meredakan radang gusi dan gigi. Menurutnya lagi minyak zaitun dapat menawarkan racun dan mengeluarkan cacing.
Minyak zaitun juga amat popular digunakan dalam produk kecantikan. Ia boleh menguatkan akar dan melembutkan kulit.
Kajian saintifik pula mendapati amalan memakan minyak zaitun amat membantu mengurangkan risiko barah payudara kerana ia kaya dengan Vitamin E.



No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.