waktu solat

:(
“Ya Allah, aku bermohon untuk mendapat kesejahteraan di dunia dan akhirat. Ya Allah, aku memohon keampunan dan kesejahteraan di dalam agamaku, duniaku, kaum keluargaku dan hartaku. Ya Allah, jagalah kehormatanku dan berikanlah keamanan kepada keluargaku. Ya Allah, peliharalah aku dari depanku, dari belakang, dari kiri, dari kanan dan dari atasku. Aku mohon perlindungan dengan keagunganMu agar aku tidak menzalimi orang di bawah jagaanku.”
Photobucket

Monday, August 1, 2011

PUASA (MUKADIMAH)

Apa makna puasa?


Puasa menurut pengertian bahasa bermaksud menahan dari sesuatu sama ada menahan dari bercakap, makan atau sebagainya.

Adapun puasa menurut pengertian Syara’ (yakni puasa yang disuruh Allah supaya dikerjakan oleh setiap orang Islam) ialah; “Menahan diri dari makan, minum dan jimak (persetubuhan) dengan niat yang ikhlas kepada Allah. (Tafsir Ibnu Kathir; Surah al-Baqarah, ayat 183.)

Masa berpuasa ialah dari terbit fajar Sodiq (iaitu fajar yang menandakan masuknya waktu subuh) hinggalah terbenam matahari (iaitu masuknya waktu maghrib).

Berapa jeniskah puasa?

Puasa melihat kepada hukumnya ada empat jenis;

1. Puasa yang wajib. Ia ada beberapa jenis pula;
Pertama; puasa yang diwajibkan Allah dengan ditetapkan hari-harinya iaitulah puasa Ramadhan.
Kedua; puasa yang diwajibkan kerana sebab-sebab tertentu sebagai hak (kewajipan) terhadap Allah, iaitu lah puasa Kaffarah yang merangkumi kaffarah sumpah, kaffarah zihar, kaffarah membunuh secara tersalah dan sebagainya.
Ketiga; puasa yang diwajibkan oleh individu itu sendiri ke atas dirinya, iaitu lah puasa nazar.

2. Puasa yang disunatkan; seperti puasa isnin dan kamis, puasa tiga hari setiap bulan dan sebagainya.

3. Puasa yang diharamkan; seperti puasa hari raya dan sebagainya.

4. Puasa yang dimakruhkan; seperti puasa setiap hari.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.