waktu solat

:(
“Ya Allah, aku bermohon untuk mendapat kesejahteraan di dunia dan akhirat. Ya Allah, aku memohon keampunan dan kesejahteraan di dalam agamaku, duniaku, kaum keluargaku dan hartaku. Ya Allah, jagalah kehormatanku dan berikanlah keamanan kepada keluargaku. Ya Allah, peliharalah aku dari depanku, dari belakang, dari kiri, dari kanan dan dari atasku. Aku mohon perlindungan dengan keagunganMu agar aku tidak menzalimi orang di bawah jagaanku.”
Photobucket

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan 1432

Assalamualaikum w.b.t

Syukur alhamdulillah kerana tahun ini kita masih lagi diberikan peluang olehNya untuk kembali menunaikan ibadat puasa dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan supaya segala amalan kita mudah-mudahan diterima oleh Allah s.w.t....Bulan ini merupakan bulan yang sangat aku nantikan kerana pada bulan ini lah aku dapat merasai kenikmatan dan kelazatan yang tidak terhingga semasa melakukan ibadat terutama sekali solat 5 waktu dan solat sunat teraweh....Dikesempatan ini aku dan keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada sahabat handai dan seluruh umat islam, semoga puasa tahun ini merupakan yang terbaik pernah kita hadapi dan janganlah kita mensia-siakan peluang yang telah diberi olehNya...hayatilah kelebihan-kelebihan bulan ini dengan sepenuh jiwa raga kita...semoga kita mendapat rahmat dariNya....insyaAllah.....

p/s: Perbanyakkan berdoa dibulan ini kerana doa yang paling mujarab ialah doa pada bulan puasa

wassalam



Niat Puasa Ramadhan

Lafaz niat untuk sebulan puasa
niatsebulanpuasa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Lafaz niat puasa (harian)
niatharianpuasa
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa

doaberbuka
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Selepas Berbuka Puasa

doasesudahberbuka
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.