MATAHARI DI ATAS KAABAH

Jika pada awal tahun ini sebahagian negara di hemisfera Utara mengalami musim sejuk yang melampau tetapi pada bulan ini (Mei) negara-negara berkenaan mengalami musim panas. Keadaan ini disebabkan Matahari telah bergerak dari hemisfera Selatan ke hemisfera Utara. Matahari berada di hemisfera Utara selama 6 bulan mulai 21 Mac hingga 21 September. Dalam tempoh tersebut Matahari akan bergerak dalam laluannya dari garis Khatulistiwa hingga ke garis latitud 23.4° Utara pada 21 Jun. Selepas dari tarikh ini ia akan beransur bergerak turun hingga ke Khatulistiwa semula pada 21 September. Keadaan yang sebenarnya berlaku bukanlah Matahari bergerak mengelilinggi Bumi tetapi Bumi mengorbit Matahari dan akibat kecondongan paksi Bumi sebanyak 23.5° menyebabkan berlakunya perubahan musim tersebut.

Pekara yang menarik semasa Matahari bergerak ke hemisfera Utara, ia akan melintasi Kaabah di Mekah, tempat suci bagi umat Islam. Ia akan melintasi Kaabah sebanyak dua kali setiap tahun iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai. Apa yang sebenarnya berlaku pada tarikh tersebut Matahari melintasi garis latitud 21° 25' dan Kaabah terletak pada garis latitud yang sama. Pada tarikh tersebut ketika Matahari melintasi meridian Kaabah sudut istiwa Matahari bersamaan dengan latitud Kabaah. Dalam keadaan tersebut Matahari akan berada tepat di zenith (titik tegak di atas) Kaabah.
Fenomena Matahari berada tepat di titik zenith ketika melintasi meridian sesuatu tempat dinamakan Istiwa.
Fenomena Istiwa tersebut berlaku pada 28 Mei jam 5.16 petang dan 16 Julai 5.28 petang waktu Malaysia. Ketika waktu tersebut bayang objek yang tegak lurus seperti tiang akan menghala ke Kaabah. Berdasarkan fenomena ini memberi peluang umat Islam untuk menentukan atau menyemak arah kiblat di tempat masing-masing pada petang tersebut. Dengan menggunakan objek yang lurus seperti pembaris atau tiang, tegakkannya di kawasan yang mendapat cahaya Matahari secara terus pada waktu tersebut. Bayang objek tersebut adalah menghala ke arah kiblat. Jika kita berdiri di hujung bayang dengan menghadap objek tersebut sebenarnya kita sedang berdiri menghadap kiblat.
PANDUAN MEMBUAT SEMAKAN ARAH KIBLAT :
Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang.
Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang.
Matahari dan bayang tiang pada 5:16petang, 28 Mei di Malaysia, pada waktu yang sama Matahari sedang mengalami Istiwa di Kaabah.

Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakkannya boleh diletak tali yang diikat pemberat dihujung tiang berkenaan.
Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari
Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya. Sila rujuk waktu SIRIM (contoh: Waktu di televisyen)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.